KEFUNGSIAN “BAND”

      Band merupakan satu kumpulan muzik yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang atau lebih.. Lazimnya sesebuah band akan menggunakan alat muzik seperti Gitar utama, Gitar kedua, Bass dan Drum. Ada juga band yang menggunakan keybord.

      Selalunya, sesebuah band akan diketuai oleh vokalis. Vokalis merupakan penyanyi utama dalam sesebuah band. Kejayaan sesebuah band ditentukan oleh genre atau kesedapan muzik yang dibawa dan juga kesedapan suara seseorang vokalis. Sesebuah band akan hancur jika vokalisnya tidak boleh menyanyi dengan baik semasa membuat persembahan live. Antara contoh vokalis yang tidak boleh menyanyi dengan baik semasa live adalah Mael XPDC dan vokalis kumpulan Blackrose. Antara vokalis terbaik di Malaysia ini adalah seperti Amy Search, Mus May, Ramli Sarip, Hattan, Nash  . Terdapat juga vokalis yang membawa 2 fungsi iaitu menyanyi sambil bermain gitar kedua seperti Noh Hujan, Meet Uncle Hussain, Naza The Times, Megat A.C.A.B, dan Neves Prety Ugly.

         Gitar utama merupakan alat muzik yang dimainkan untuk mengepalai alatan muzik yang lain. Gitar utama mempunyai hubungan yang rapat dengan suara vokalis. Fungsi gitar utama tidak berbeza dengan fungsi gitar kedua tetapi gitar utama akan memainkan peranannya apabila terdapat “gap” atau pemisahan vokalis untuk kembali ke verse pertama atau ke verse chorus. Pemain gitar utama akan memainkan peranannya dan ia dipanggil dengan istilah “goreng” atau “lead” di verse yang ditetapkan. Antara pemain gitar utama tersohor di Malaysia adalah Man kidal, Sham Kamikaze, Edry Hashim, Izo XPDC, Hillary Search, Kid, Samad Lefthanded, Abu M.A.Y dan Joe Wings.

          Bass merupakan sejenis gitar yang mempunyai 4 tali dan terdapat juga yang mempunyai 5 atau 6 tali. Talinya lebih tebal berbanding gitar biasa. Fungsi bass adalah menjadi penghubung antara gitar utama dengan drum. Bass merupakan alat muzik yang paling penting dalam sesebuah band kerana tanpanya muzik yang dimainkan akan menjadi kosong dan bercelaru. Antara pemain bass tersohor di Malaysia adalah Yantoi Lefthanded, Zua XPDC, Nasir Search, Yus M.A.Y dan Bob Wings.

          Drum pula merupakan alat muzik yang melibatkan tangan dan kaki untuk memainnya. Drum dimainkan mengikut rentak yang dimainkan oleh pemain Bass. Bunyi sesuatu muzik akan menjadi janggal jika drum dimainkan secara berterabur dan tidak mengikut rentak bass. Drum juga berperanan untuk menjadikan seseutu muzik itu bersifat rancak atau perlahan. Suatu muzik boleh juga dimainkan tanpa drum. Antara pemain drum tersohor di Malaysia adalah Ujang Exists, Yazid Search, Lola, Amy XPDC, Black Wings, Man M.A.Y dan Yuri.

Diterbitkan dalam: on September 19, 2008 at 1:11 pm Tinggalkan Komen

TIPS MENCIPTA LAGU/SKRIP CERITA

                                                

                  Setiap manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T akal dan fikiran. Cuma Allah akan kurniakan akal fikiran yang kreatif kepada insan-insan yang terpilih. insan-insan yang terpilih ini tidak akan sukar untuk mencipta suatu idea untuk membuat lagu, lirik dan juga skrip filem.

            Idea merupakan suatu yang abstark. Ia akan hadir tidak kira masa dan tempat. Ia bergantung kepada seseorang itu sedar atau tidak sedar idea itu terbit dalam fikirannya. Idea ini akan terbit melalui persekitaran seseorang itu. Jika dia berada di perhentian bas, dia akan mula terfikir untuk membuat cerita atau lagu tentang kesibukan masyarakat mengejar impian mereka dalam kehidupan mereka. Jika seseorang itu lahir dalam persekitaran masyarakat yang miskin dan susah, dia akan mula memikirkan tentang penderitaan masyarakat dan mula hadir idea dalam fikirannya untuk mencipta lagu atau cerita mengenai masyarakat yang tertindas.

            Apabila idea tersebut telah wujud atau terbit dalam kotak fikiran kita, kita perlu segera terjemahkannya dalam bentuk penulisan. Hal ini kerana, idea hanya datang sekali dalam satu masa. Jika ia hanya disimpan dalam kotak fikiran kita, kita akan lupa dalam masa yang singkat kerana manusia mempunyai kelemahan iaitu mudah lupa. Apabila kita mula menulis mengenai idea tersebut, kita akan dapat mengembangkannya dan secara tidak langsung akan tercipta sebuah karya yang diterbitkan dari tangan kita sendiri. Satu peringatan, idea tersebut jangan terlalu klise, dan jangan meniru dari karya-karya yang telah tercipta kerana keasliannya akan hilang dan masyarakat akan menyatakan bahawa kita hanya meniru karya orang.

          Satu peringatan lagi, apabila kita sudah terjemahkan idea tersebut, jangan kita beritahu kepada insan lain. Hal ini kerana karya tersebut tidakdidaftarkan dan insan tersebut dengan mudahnya akan meniru karya tersebut dan menyatakan bahawa ia adalah ideanya. Kita tidak akan mampu lakukan apa-apa setelah terjadinya perkara tersebut. Orang yang bijak akan mencipta satu keunikan dalam karyanya. Dalam penulisan lagu dan ceritanya, dia akan melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan daripada insan lain. Kita dapat lihat dengan munculnya pelbagai genre muzik di Malaysia yang lahir daripada band-band indipendent. Lagu-lagu mereka berlainan daripada muzik mainstearm dan ia mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat tempatan kerana keunikan muzik yang dibawa oleh mereka.

Diterbitkan dalam: on at 6:38 am Tinggalkan Komen

ARENA MUZIK TEMPATAN

           Kita sering diperdengarkan bahawa industri muzik dan filem di negara ini sudah makin terancam. Apakah sebenarnya punca terjadinya perkara ini? Ada pihak yang meyalahkan kerajaan dan juga media kerana membiarkan sahaja muzik-muzik dan filem dari luar masuk ke dalam negara dengan bebas. Sebenarnya, pelbagai pihak merupakan punca bagi senario ini.

          Punca utama kejadian ini adalah daripada masyarakat Malaysia itu sendiri. Kenapa saya berkata sedemikian. Sesuatu yang disiarkan di media hanya akan disiarkan jika mendapat sambutan yang baik atau pilihan tertinggi daripada pendengar atau penonton daripada kalangan masyarakat tempatan. Masyarakat Malaysia lebih meminati muzik dan filem dari luar negara berbanding dari negara sendiri. Kenapa terjadi sedemikian rupa? Hal ini kerana mereka sudah mula bosan dan muak dengan genre muzik dan filem yang dipaparkan oleh artis-artis dan pembikin filem tempatan. Tiada kelaianan yang dibawa di Malaysia sehingga menyebabkan masyarakat lebih memilih kepada luar negara kerana bagi mereka ia merupakan suatu kelainan dan unik. Filem Sepet dan Mukhsin telah mendapat pengiktirafan sebagai filem terbaik  FFM pada 2 tahun sebelum ini. Jika diperhatikan filem terbaik ini merupakan filem yang kurang mendapat sambutan. Jika semua pembikin filem di Malaysia membuat filem berdasarkan ciri-ciri filem terbaik FFM, maka semua filem di Malaysia tidak akan mendapat sambutan daripada masyarakat.

          Selain itu, media juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Stesen-stesen radio tempatan sering memutarkan lagu-lagu dari luar negara terutamanya dari negara seberang. Jika ia kerap diputarkan, ia akan menyebabkan masyarakat tempatan lebih memilih untuk mendengar muzik luar berbanding muzik tempatan. Stesen radio tempatan sering memberi alasan apabila menyentuh hal ini. Masyarakat tidak akan megetahui kewujudan lagu-lagu dari seberang jika ia tidak diperdengarkan ke udara. Saya tabik kepada stesen radio Xfresh.fm kerana hanya memutarkan lagu-lagu tempatan. Stesen radio ini menaikkan muzik-muzik indipendent band sehingga nama-nama kumpulan indi meniti di bibir anak-anak muda ketika ini. Nama-nama sepeti Meet Uncle Hussain, Hujan, Bittersweet dan The Times telah mula dikenali melalui stesen radio ini.

           Kita sering melaungkan, hidup muzik Malaysia, hidup band tempatan……….tetapi sejauh manakah sokongan kita terhadap industri muzik dan filem ini???????

Diterbitkan dalam: on September 18, 2008 at 9:50 pm Tinggalkan Komen

PANCAROBA KISAHKU

 

ini kisah tentang hidupku yang makin layu,

selalu kecundang dalam cinta yang telah dibina,

aku seakan-akan ingin berputus asa,

namun semangat jiwa membawaku semula……….

cinta oh indahnya,

bila kau mekar di situ,

mewarna dunia dengan secerah pelangi,

aku mengharapkan agar kau terus mekar,

menyinari ruang kegelapan………..

biarpun hati pernah dilukai,

namun tetap jiwaku,

terus mengharap cinta dan juga harapan ku takkan kecewa lagi…………

ku merangkak sepi seorang diri,

mencari sinar bahgia,

yang mampu membuatku tersenyum kembali menghadapi duniaku……………

kegelapan menguasai daku,

mencari cahya terang,

kelopak bunga layu,

daunnya berguguran,

ku terus mengharap cinta…………………….

Diterbitkan dalam: on at 8:30 pm Tinggalkan Komen

AKU TETAP AKU

biarpun terbelah duniaku,

biarpun terpaksa aku,

ditusuk beribu jarum-jarum yang menikam…..

akan ku tetap hadapi,

biarpun terpaksa aku,

mencari bimasakti,

takkanku berputus asa….

takkanku mengalah,

walau api telah menyambar,

dua jiwa bagai satu hati….

takkanku berhenti,

takkanku menyesal,

aku tetap aku……

Diterbitkan dalam: on at 8:16 pm Tinggalkan Komen

BICARA JIWA

 

Jiwa ingin membicara,

Tentang hati yang dipanah arjuna,

Setelah bulanku gapai merentasi galaksi,

Namun mentari terbenam sebelum waktunya…..

Ku berjalan sendirian,

Bertemankan kaca yang tercalar,

Berseorangan menyusuri awan,

Di bawa arus hujan yang berderai……

Biarpun telah terobek layarnya,

Akan tetapku tunggu,

Walau telah jauh kau belayar,

Kenangan yang pernah mengusik jiwa,

Takkan pernahku lupa,

Walau dilanda ombak yang menghempas…………………….

Diterbitkan dalam: on at 7:50 pm Tinggalkan Komen

SELAMAT HARI HARI MALAYSIA

 

GUA BUKAK BLOG NI SEBAB GUA NAK LUAHKAN CURAHAN RASA GUA KAT SINI. GUA NAK KUMPUL SEMUA LAGU-LAGU GUA KAT SINI. BILA GUA DAH PETIK GITAR KAPOK GUA, PELBAGAI ILHAM DAPAT GUA TERBITKAN. GUA BUKAN NAK CAKAP BESAR LA KAN, TAPI PEPATAH ADA MENYATAKAN, SELAGI BELUM KENYANG SELAGI TU KITA JANGAN TIDO…..

KITA MUNGKIN TENSION MENGHADAPI PELBAGAI LIKU-LIKU SEPANJANG PERJALANAN KEHIDUPAN KITA DI MUKA BUMI INI. CUBA KITA LUAHKANNYA DALAM BENTUK LIRIK DAN MELODIKANNYA, KITA AKAN DAPAT MERASAKAN BAGAI DITIUP ANGIN BAYU MEMBAWA KE ALAM FANTASI……..

Diterbitkan dalam: on at 7:25 pm Tinggalkan Komen

SKRIP RADIO MIDAS

 

NAMA RANCANGAN: PAGI @ MIDAS

TAJUK/JUDUL SKRIP: CARA BERJIMAT DI KALANGAN PELAJAR

GENRE/JENIS RANCANGAN: INFOTAIMENT/ HEBAHAN (lagi…)

Diterbitkan dalam: on at 6:50 pm Tinggalkan Komen